Tiong calon paling berpotensi memenangi kerusi DUN Dudong


SIBU: Pengerusi Parti Rakyat Bersatu (UPP) Dudong, Datuk Tiong Thai King merupakan calon paling berpotensi untuk memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Dudong.

Presiden UPP, Dato Sri Wong Soon Koh yakin Tiong mempunyai peluang cerah memenangi kerusi Dudong pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ini.

“Saya berpendapat Tiong merupakan calon berpotensi untuk menang di Dudong dan berharap apabila tiba masa pemilihan calon nanti, beliau dipilih sebagai calon bagi mewakili Barisan Nasional (BN),” katanya ditemui pada Majlis Penyerahan Dana Pendidikan UPP Dudong di sini semalam.

Pada masa sama, Tiong diakui sebagai ahli pasukan Adenan untuk bertanding atas tiket BN bagi memenang kerusi tersebut.

“Ini penting untuk memberi mandat lebih besar kepada BN untuk memerintah negeri ini bagi tempoh lima tahun lagi,” jelasnya.

Turut hadir Setiausaha Politik Ketua Menteri Pau Kiew Chuan, Pengerusi Jawatankuasa Iban UPP Dudong Bansa Sandah, Ketua Wanita UPP Dudong Connie Loh, Timbalan Pengerusi Majlis Daerah Luar Bandar Sibu, Oliver Kuo serta yang lain.

Menteri Kewangan Kedua itu menggesa penduduk di kawasan Dudong terus memberi sokongan padu kepada Tiong pada PRN nanti.

Beliau juga berterima kasih kepada pengundi yang memberikan sokongan kepada Tiong pada PRN 2011 meskipun BN tewas kepada pembangkang di Dudong.

Sementara itu, Tiong memberitahu seramai 500 pelajar daripada 331 keluarga kawasan Dudong menerima Dana Pendidik UPP semalam.

Daripada 331 keluarga itu, 131 adalah keluarga Bumiputera dan 200 keluarga Cina dengan dana keseluruhan sejumlah RM250,000.

“Ini merupakan julung kali biasiswa itu diberikan untuk kawasan Dudong,” katanya sambil menambah biasiswa itu terus diberikan dari semasa ke semasa.

- Borneo  Post Online

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget