Kerajaan akan menurunkan cukai taksiran: KM


BELURU: Kerajaan negeri akan menurunkan cukai taksiran atau cukai pintu di negeri ini bermula hujung bulan ini sebagai satu lagi langkah untuk mengurangkan bebanan rakyat.
Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem mengumumkan perkara itu pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat anjuran TERAS Marudi di sini, petang semalam.
Menurut Adenan, langkah tersebut merupakan satu lagi usaha kerajaan untuk membantu mengurangkan beban kewangan rakyat negeri ini berikutan kenaikan harga barangan, Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan sebagainya.
“Kita sudah mansuhkan tol, turunkan kadar tambang feri kepada RM1, kemudian kita turunkan tarif elektrik dan saya juga mahu menurunkan cukai taksiran rumah pada hujung bulan ini, bagi mengu-rangkan bebanan rakyat.
“Saya tahu ramai rakyat marah dengan GST kerana membebankan, tapi jangan marahkan saya kerana bukan saya yang memperkenalkannya. Tugas saya adalah me-ngurangkan bebanan rakyat,” katanya sambil mendapat tepukan gemuruh daripada ribuan hadirin.
Para penyokong dan hadirin turut dihiburkan oleh penyanyi popular seperti Ricky Andrewson dan cabutan bertuah yang menawarkan hadiah-hadiah menarik. -Utusan Borneo.

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget