Keadilan sosial, jauhi rasuah ramuan kejayaan negara Islam


KUALA LUMPUR: Keadilan sosial dan sentiasa menjauhkan diri dari rasuah menjadi keutamaan dalam sesebuah negara Islam untuk mencapai kejayaan.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, ia termasuk usaha memadam label sesebuah negara Islam yang diselubungi kemiskinan serta kelaparan.

"Saya percaya seandainya kita mahukan keadilan, kita perlu melakukannya. Keadilan sosial adalah keutamaan yang harus diletakkan di tempat pertama bagi setiap Muslim.

"Kita perlu letakkan keutamaan yang betul pada tempatnya. Pentadbiran kerajaan adalah kuncinya. Rasuah perlu dihapuskan tanpa takut atau memilih bulu," katanya semasa ucapan penutup Konvensyen 'The Straight Path: The Major Obstacles' di PWTC di sini semalam.

Konvensyen dua hari yang berakhir hari ini membincangkan cabaran umat Islam dalam menghadapi isu-isu semasa.

Ia dihadiri lebih 2,000 peserta dari seluruh dunia.

Dalam pada itu kata Hishammuddin, kekuatan umat Islam di negara ini dilihat dapat menyumbang sesuatu kepada keamanan serta toleransi masyarakat dunia.

- Awani

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget