DAP Sarawak sasar menangi lima hingga 10 kerusi baharu


KUCHING: Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak menyasarkan memenangi lima hingga 10 kerusi baharu pada Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN11).

Pengerusinya Chong Chieng Jen berkata sasaran ini adalah impak daripada isu-isu semasa yang melanda negara ketika ini di bawah pimpinan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Antaranya, skandal yang dikaitkan dengan Perdana Menteri, Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dan krisis dalaman antara parti komponen BN.

“Parti mengintai untuk bertanding di 35 hingga 40 kerusi termasuk di 12 kerusi yang disandang DAP ketika ini.

“Semua 12 penyandang akan mempertahankan kerusi masing-masing dan parti yakin akan menang di sekurang-kurangnya lima hingga 10 kerusi majoriti Dayak di kawasan luar bandar,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Malam Media DAP yang diadakan di Hotel Century di sini malam Ahad lepas.

- Borneo Post Online

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget