Masyarakat Sikh sokong kepimpinan Adenan


MIRI: Meskipun populasi mereka mungkin kecil, namun masyarakat Sikh di Miri bersatu menyokong kepimpinan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem.
Presiden Persatuan Sikh Miri (SAM) Narmal Singh berkata pendekatan kerajaan Barisan Nasional (BN) mengambil kira kepentingan semua kaum membolehkan komuniti Sikh di sini hidup dalam suasana harmoni bersama masyarakat lain.
“Kami berterima kasih kepada kerajaan negeri di bawah kepimpinan Adenan yang tidak meminggirkan mana-mana kaum termasuk minoriti.
“Kami berharap semangat ini diteruskan pada masa akan datang,” katanya pada sidang media di sini, semalam.
Narmal menambah, komuniti Sikh terus menyokong kepimpinan sedia ada di bawah pimpinan Adenan dan polisi mesra rakyat.
“Saya masih ingat semasa menghadiri Majlis Ulang Tahun SAM Ke-15, Adenan bercerita panjang mengenai sejarah komuniti Sikh di Sarawak serta sumbangan mereka terhadap pembangunan negeri ini.
“Kami gembira dan bangga kerana beliau mengiktiraf sumbangan kami.
“Justeru, kami berharap kerajaan turut menghargai sumbangan dan peranan kaum Sikh,” katanya.
Hadir sama Timbalan Presiden SAM merangkap Presiden Kuil Sikh Gurmokh Singh, Setiausaha Agungnya Pardeep Singh Sangha dan Manmohan Singh serta ahli jawatankuasa, Karam Singh Pannu. - Utusan Borneo.

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget