Pengunduran Jabu kehilangan besar bagi masyarakat Iban


SIBU: Pengunduran Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu selepas berkecimpung dalam arena politik sejak 42 tahun lalu satu kehilangan besar kepada rakyat negeri ini khususnya kaum Iban.
Setiausaha Politik Ketua Menteri Romeo Christopher Tegong berkata Jabu merupakan tokoh politik penting terutama dalam memperjuang serta menjaga kepentingan hak kaum Iban.
Katanya paling diingati ialah penglibatannya dalam penubuhan Skim Penempatan RASCOM menangani ancaman komunis pada 1970-an.
“Bagi saya pengunduran Jabu merupakan kehilangan besar kerana beliau bukan sahaja individu penting bagi masyarakat Iban dalam politik Sarawak, tetapi kesungguhannya membela nasib kaum Dayak.
“Kita sendiri sering mendengar apabila beliau berucap perkara pertama ditekankan ialah soal pendidikan,” katanya sambil menambah, ia modal penting untuk kaum Iban ‘berdiri sama tinggi’ dengan bangsa lain.
Sehubungan itu, Romeo berharap pengganti Jabu nanti dapat meneruskan kesinambungan perjuangannya.
“Apatah lagi, Wawasan 2020 semakin dekat dan adalah penting masyarakat Iban mempunyai pemimpin berkualiti seperti Jabu,” katanya.
Beliau berharap rakyat khususnya kaum Iban memberi sokongan padu kepada kepimpinan baharu nanti.
Jelas beliau, cabaran dunia semakin mencabar dan adalah penting masyarakat Iban bekerjasama dan bersatu padu.
Sementara itu, ketika ditanya mengenai tindakan menghalang Mohamad Sabu datang ke Sarawak, Romeo memberitahu bahawa ia hak kerajaan negeri.
Katanya kerajaan negeri berhak menghalang individu yang dirasakan boleh mendatangkan kemudaratan kepada rakyat negeri ini.
Mohamad Sabu atau Mat Sabu dihantar pulang oleh pihak Jabatan Imigresen sebaik tiba di Lapangan Terbang Sibu pagi semalam.
Mat Sabu dikatakan datang ke sini untuk rangka lawatan kerja selama dua hari. - Utusan Borneo.

Post a Comment

Sarawaklive. Boleh bangun dan sedar sudah.

Sarawaklive.

Boleh bangun dan sedar sudah. Jahil biarlah berbatas.

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget