Adenan umum PRS tanding 11 kerusi termasuk dua kerusi baharu


KUCHING: Parti Rakyat Sarawak (PRS) mengumumkan 11 kerusi termasuk dua kerusi baharu yang akan ditandingi parti pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem yang mengumumkan perkara itu berkata, beliau menerima senarai yang dikemukakan PRS bagi calon-calonnya pada PRN.

Antara 11 calon berkenaan Tan Sri Datuk Amar James Masing bagi DUN Baleh, Datuk John Sikie Tayai (Kakus), Datuk Mong Dagang (Bukit Begunan), Wilson Nyabong Ijang (Pelagus), Liwan Lagang (Belaga), Malcom Mussen Lamoh (Batang Ai), Alexander Vincent (Ngemah) dan Snowdan Lawan (Balai Ringin).

Sementara muka baharu, Christopher Gira calon di Tamin manakala dua calon bagi kerusi baharu, Majang Reggie (Samalaju) dan Kennedy Chukpai Ugon (Murum).

“PRS diperuntukkan 11 kerusi dan saya telah menerima senarai dikemukakan oleh PRS untuk bertanding pada PRN ini.

“Mereka adalah antara sebahagian daripada pasukan saya sebagai calon Barisan Nasional yang dikemukakan PRS dan diterima saya,” katanya yang juga pengerusi BN Negeri selepas menghadiri sesi pemimpin bersama rakyat (DUN Batu Kawa dan Batu Kitang) di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, hari ini.

- Borneo Post Online

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget