Ketua Menteri Sarawak Terkenal Di London


KUCHING - Ada kalangan penduduk di London telah menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem, menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri.

Mereka menyatakan hasrat itu semasa lawatan rasmi beliau ke London, katanya dan menurutnya mereka kagum dengan pendekatan ketua menteri dalam mengendalikan isu-isu.

Nancy berkata Adenan telah membuat beberapa keputusan bagi meringankan beban rakyat seperti menghapuskan bayaran tol, menurunkan tambang feri dan menambah bantuan kebajikan untuk rakyat.

"Yang Amat Berhormat Ketua Menteri kita terkenal di luar negara," katanya pada Program Jalinan Kasih Armanda Pemuda dan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) kawasan Dewan Undangan Negeri Sadong Jaya di Kampung Iboi, Sadong Jaya, malam tadi.

Nancy turut memuji Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sadong Jaya Aidel Lariwoo yang bijak mengurus tadbir pengundi di kawasan diwakilinya.

"Beliau telah memberi khhidmat yang cemerlang dalam tempoh tidak sampai lima tahun menjadi wakil rakyat," katanya, dan menyeru pengundi memberi sokongan padu kepada Aidel untuk mempertahankan kerusinya pada pilihan raya negeri akan datang.

Aidel, dalam ucapannya berkata kerajaan telah memperuntukkan RM8.58 juta untuk pembinaan jalan raya, RM5 juta untuk prasarana dan RM2.2 juta untuk masjid dan surau di kawasan itu.

Beliau berkata pembangunan paling besar ialah rancangan pembinaan Jambatan Batang Lupar dengan kos RM1 bilion sepertimana diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak awal tahun ini.

- BERNAMA

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget