UPP gesa pengundi Batu Kawa sokong Adenan demi Sarawak


KUCHING: Pengerusi Parti Rakyat Bersatu (UPP) Cawangan Batu Kawa Liu Thian Leong menggesa penduduk di Batu Kawa agar terus menyokong Ketua Menteri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
Katanya, rakyat mesti terus memberi sokongan penuh kepada Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem untuk membawa kita ke era hak dan automoni lebih hebat untuk Sarawak.
“Oleh itu penting untuk kita mengundi calon berkongsi keyakinan, sentimen dan berjuangan sama.
“Calon terbabit boleh bekerjasama dengan Ketua Menteri sebagai satu pasukan memberi perkhidmatan efektif kepada rakyat di konstituensi Batu Kawa,” ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika melancarkan program ‘Malam Zumba’ di Dewan Serba Guna Dewa Wira Fasa 3, malam Sabtu lepas.
Program itu dianjurkan bersama UPP Cawangan Batu Kawa dan Hui Sing Fun Zumba Studio.
Liu yang juga calon UPP untuk DUN Batu Kawa berkata, cawangannya berkhidmat kepada konstituensi Batu Kawa, dengan harapan dapat membawa semula pengundi di situ ke dalam arus perdana politik pembangunan negeri ini.
“Kami terlibat dengan rakyat dan mengambil berat terhadap kebajikan rakyat, kami yakin dalam melakukan perubahan lebih-lebih lagi ramai golongan muda dan bersemangat tinggi menyertai kami.
“Kami berhasrat tinggi menyatukan rakyat, membantu yang miskin dan kurang bernasib baik, meningkatkan kualiti infrastruktur asas, sekolah dan pusat keagamaan serta perniagaan, dengan itu kami dapat mewujudkan Batu Kawa yang lebih baik dan ‘hidup’,” ujarnya.
Mengenai program ‘Malam Zumba’ itu, Liu berkata ia dapat membantu peserta sihat mental dan fizikal.
“Menerusi zumba, kita tidak hanya bersenam tetapi menikmati muzik, menyeronokkan selain mengeratkan hubungan antara satu sama lain,” ujarnya.
Beliau juga percaya aktiviti seperti itu dapat memperkukuhkan lagi persefahaman, perpaduan serta keharmonian dalam kalangan rakyat pelbagai kaum di negeri ini. - Utusan Borneo.

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget