Pungutan suara bukan amalan di Malaysia


BAYAN LEPAS - Bukan amalan di negara ini untuk melakukan pungutan suara bagi menentukan populariti.

Itu reaksi Pengerusi Umno Pulau Pinang, Datuk Seri Zainal Abidin Osman ketika mengulas saranan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad agar dilakukan pungutan suara bagi menilai popularitinya dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kalangan rakyat di negara ini.

Beliau berkata, pendekatan itu hanya akan membuka ruang kepada perkara yang lebih besar termasuk menyentuh sensitiviti rakyat berbilang kaum di negara ini.

"Cukup dengan pilihan raya dan pemilihan parti untuk menentukan pemimpin yang disokong dan diterima rakyat.

"Umno sebuah parti yang mendukung demokrasi membernarkan sesiapa sahaja dalam kalangan ahli untuk bertanding jawatan presiden. Jadi untuk apa lagi pungutan suara diadakan," katanya ketika ditemui media di sini, hari ini.

Terdahulu, Mahathir dalam tulisan terbaru blognya menyatakan referendum atau pungutan suara adalah saluran yang dapat meyakinkan orang ramai.

Mengulas lanjut, Zainal Abidin berkata, pungutan suara jika diadakan boleh menggugat kestabilan serta keamanan dikecapi rakyat negara ini.

"Kalau ada pungutan suara, sudah tentu ada pihak berkepentingan lain mencadangkan perkara sama untuk isu lain termasuk yang menyentuh sensitiviti rakyat.

"Bagaimana pula jika ada pihak mendesak pungutan suara rakyat negeri ini bagi menentukan sama ada mahu Pulau Pinang terus menjadi sebahagian Malaysia atau sebagai negara sendiri," katanya.

- Sinar Online

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget