Rekod buruk AP mampu lenyapkan aspirasi Pasukan Adenan : PKR


KUCHING: Ahli Parlimen Betong, Datuk Amar Douglas Uggah Embas digesa menunjuk rekod memperjuangkan autonomi, hak dan kepentingan Sarawak sepanjang 30 tahun menjadi Ahli Parlimen serta berada dalam kabinet persekutuan.

Naib Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak, See Chee How berkata pendedahan rekodnya (Uggah) penting kepadanya sebagai usaha memenangi keyakinan rakyat terutama pengundi Bukit Saban seterusnya menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Timbalan Ketua Menteri selepas pilihan raya negeri (PRN) nanti.

“Ini penting bagi Uggah yanMg merupakan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi dan Ahli Parlimen selama 30 tahun untuk mendedah apa telah beliau lakukan mengenai autonomi, hak serta kepentingan Sarawak dalam parlimen sejak hari pertama dipilih pada 1986 dan kabinet persekutuan selepas dilantik sebagai timbalan menteri dan menteri penuh,” ujarnya.

See juga ADUN Batu Lintang berkata demikian pada sidang media di pejabat PKR cawangan Stampin dekat sini semalam.

See menggesa Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem mengambil langkah berhati-hati dalam menyenarai ahli parlimen sedia ada dalam pasukannya (Pasukan Adenan) bagi menghadapi PRN akan datang dan kabinet negeri bagi lima tahun akan datang.

Ini kerana katanya, ahli parlimen Barisan Nasional (BN) mempunyai rekod prestasi buruk kerana ia menunjuk aspirasi ketua menteri bagi automoni penuh Sarawak lenyap dengan segera.

“Ketua Menteri bercakap mahu membawa balik selain Uggah, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof untuk bertanding pada PRN kali ini.

“Ketua menteri mungkin juga melihat untuk membina pasukannya terdiri daripada ahli kabinet sebagai pembantunya boleh dipercayai selepas pilihan raya nanti,” ujarnya.

Bagaimanapun, kata See, Adenan seharusnya mengambil berat terhadap aspirasi Sarawak untuk autonomi yang lebih baik seperti dijanjikannya.

Menurutnya lagi, tindakan membawa ‘balik’ ahli parlimen Sarawak untuk PRN kali ini dan kabinetnya tidak akan konsisten dengan ikrarnya kerana Ahli Parlimen menunjukkan tidak mengambil berat terhadap autonomi, hak dan kepentingan Sarawak selepas mereka dipilih ke parlimen. - Utusan Borneo

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget