PBB pertaruh tiga calon muda


Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) bakal mempertaruh dua atau tiga calon muda dalam pilihan raya negeri akan datang.

Ketua Menteri Sarawak merangkap presiden PBB berkata Gerald Rental akan mengambil alih tempat bapanya Tan Sri Alfred Jabu di kerusi Layar, manakala Fazruddin Abdul Rahman menggantikan Datuk Daud Abdul Rahman di kerusi Tupong.

Adenan mengumumkan demikian ketika berucap di Majlis Pemuda PBB Bersama Tok Nan di Stadium Mini Lundu hari ini.

Katanya, beliau akan mengumumkan nama seorang lagi calon dalam masa terdekat.

Dalam pada itu Adenan berkata beliau mahu diberi mandat besar oleh rakyat Sarawak pada pilihan raya negeri akan datang supaya beliau meneruskan perjuangannya untuk menuntut semula kuasa autonomi Sarawak yang terhakis sejak 50 tahun lalu.

"Tujuan kita memperjuang dan menuntut kembali kuasa autonomi yang pernah menjadi milik kita adalah untuk generasi masa depan kita," katanya.

Adenan berkata walaupun dalam tempoh dua tahun sebagai ketua menteri beliau berjaya melaksanakan 50 perkara tetapi masih banyak perkara lain yang belum sempat dilaksanakan untuk rakyat dan negeri ini.

Oleh sebab itu, katanya beliau memerlukan tempoh lima tahun lagi sebagai ketua menteri.

Adenan turut mengingatkan para pengundi supaya turun mengundi dan tidak terlalu yakin dengan peluang kemenangan calon BN, khususnya pengundi di kerusi Tanjung Datu yang beliau akan bertanding.

Turut berucap pada Majlis itu ialah Menteri Kerja Raya merangkap ketua pemuda PBB Datuk Seri Fadillah Yusof yang menyatakan jelajah Armada PBB bermula di Tanjung Datu sehingga ke Lawas bagi memastikan kemenangan besar Barisan National dalam pilihan raya akan datang.

- Bernama

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget