UMNO perlu ambil tindakan pada Muhyiddin dan Mukhriz


“Menyatakan bahawa mereka menyayangi UMNO, sedangkan tindakan mereka jelas bertentangan dengan kenyataan tersebut … parti sepatutnya ambil tindakan terhadap mereka, kalau sudah pergi sejauh itu tak perlu berada dalam parti lagi, baik berterus terang sahaja”.

Gesaan itu dibuat Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid ekoran penyertaan bekas timbalan perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas menteri besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dalam Kongres Rakyat bersama-sama pemimpin pembangkang di Shah Alam, Selangor semalam.

Menurutnya, UMNO perlu mengambil tindakan tegas terhadap Muhyiddin selaku Ketua UMNO Bahagian Pagoh dan Mukhriz selaku Ketua UMNO Bahagian Jerlun.

Tindakan mereka yang jelas menyatakan hasrat mahu menumbangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak yang juga Presiden UMNO katanya, mencerminkan mereka kini adalah sebahagian daripada pembangkang yang terang-terangan mahu menentang parti.

Sudah tiada maknanya kata beliau bagi kedua-dua mereka untuk terus berada di dalam parti.

- BNBBC

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget