Lima anggota PAC baru dilantik hari ini






KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Pemilih Dewan Rakyat telah melantik lima anggota baru Jawantankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).

Mengikut minit mesyuarat yang diedarkan, pelantikan tersebut disebabkan terdapat ahli yang sudah tidak lagi menjadi anggota PAC kerana dilantik sebagai anggota Kabinet.

Ahli PAC yang baru dilantik iaitu ahli Parlimen BN-Putatan, Datuk Dr Makin@Marcus Mojigoh, ahli Parlimen BN-Jasin, Datuk Ahmad Hamzah, ahli Parlimen BN-Langkawi, Datuk Ir Nawawi Ahmad dan ahli Parlimen BN-Alor Gajah, Datuk Koh Nai Kwong.

Mereka menggantikan ahli Parlimen BN-Tuaran, Datuk Madius Tangau, ahli Parlimen BN-Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Shamsudin, ahli Parlimen BN-Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dan ahli Parlimen BN-Labis, Datuk Chua Tee Yong yang telah dilantik sebagai menteri dan timbalan menteri dalam rombakan Kabinet sebelum ini.


Selain itu, seorang lagi anggota PAC, ahli Parlimen PAS-Kota Bharu, Datuk Takiyuddin Hassan dilantik disebabkan perubahan dalam struktur parti.

Beliau menggantikan ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamarudin Jaffar yang telah melompat parti daripada PAS ke PKR.

- The Rakyat Post
Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget