Tidak adil untuk Sarawak: Chong


Dakwa Bajet 2016 tak cukup untuk pembangunan, mensejahtera rakyat
KUCHING: Ahli Parlimen Bandar Kuching, Chong Chieng Jen menganggap Bajet 2016 tidak mencukupi untuk pembangunan infrastruktur demi kesejahteraan rakyat Sarawak.

Justeru, beliau menggesa Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem meminta agar Ahli Parlimen negeri dalam kabinet persekutuan menolak bajet itu sebelum dilaksana sepenuhnya tahun hadapan.

“Saya pernah mengutara perkara ini pada Mei 2014, dengan mengharap royalti dibayar kepada kerajaan negeri pada kadar 10 sehingga 20 peratus berbanding lima peratus sahaja.

“Perdana Menteri langsung tidak menyebut apa-apa mengenainya. Ia seperti tiada harapan langsung. Nampaknya kena tunggu pembentangan setahun lagi,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Beliau menambah sejak GST diperkenal, keuntungan pekedai dan lain-lain perniagaan turut jatuh antara 30 sehingga 50 peratus berbanding sebelum perlaksanaannya.

Chong menyatakan, ia seakan-akan diskriminasi terhadap rakyat di Sarawak sedangkan masih banyak pembangunan infrastruktur perlu dilaksanakan di negeri paling besar di Malaysia ini.

Sementara itu menyentuh pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo katanya, RM800 juta jumlah yang agak sedikit bagi fasa pertama peruntukan melaksanakan projek bernilai RM28.2 bilion itu.

Jelasnya, peruntukan pembangunan infrastruktur di Semenanjung Malaysia terlalu besar berbanding Sabah dan Sarawak yang masih banyak mundur.

Katanya, Semenanjung diberi RM60,000,000, sementara Sabah RM425,747,100 dan Sarawak yang begitu besar tanahnya diberi RM281,867,900 sahaja.

“Ini tidak adil untuk rakyat negeri ini,” katanya.

Turut hadir sama semalam adalah Ahli Parlimen Stampin, Julian Tan.

- Borneo Post Online

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget