Chong ditempelak atas kenyataannya yang meremehkan perkhidmatan MPP


KUCHING: Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan (MPP) Lo Khere Chiang menempelak Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak Chong Chieng Jen atas kenya-taannya yang meremehkan perkhidmatan MPP.

Katanya Chong yang tidak mengetahui sesuatu perkara hanya secara sembarangan mendakwa bahawa MPP tidak dapat melakukan apa yang dilakukan oleh Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS).

“Keluasan kawasan seliaan MPP adalah 23 kali ganda lebih besar daripada MBKS.

“Maka Chong patut tahu mengenai ini dan tidak boleh sembarangan membandingkan MPP dengan MBKS.

“Namun saya tidak kisah (dakwaan Chong) kerana ini tindakan yang biasa dilakukan oleh pembangkang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena lawatan ke beberapa projek kecil di kawasan MPP, semalam.

Dalam pada itu, Lo turut menyeru kepada masyarakat di kawasan MPP supaya memberi sokongan kepada kerajaan bagi membantu majlis menyampaikan perkhidmatan yang lebih baik.

“Kini kebanyakan wakil rakyat di kawasan MPP adalah pembangkang menyebabkan majlis mengalami kekangan per-untukan daripada kerajaan.

“Keadaan ini menyukarkan kami untuk meningkatkan lagi penyampaian perkhidmatan yang lebih baik kepada masyarakat,” katanya.

- Borneo Post Online

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget