Jawatankuasa Khas Parlimen perlu wujud teliti pembelian aset pertahanan


KUALA LUMPUR : Jawatankuasa Khas Parlimen perlu diwujudkan bagi meneliti setiap pembelian aset bernilai tinggi khususnya melibatkan aset pertahanan negara.

Ahli Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Mohd Akin, berkata langkah itu perlu diambil bagi mengelakkan negara terpaksa membayar harga berlipat kali ganda berbanding negara lain untuk aset sama disebabkan orang tengah mengambil keuntungan dan berlakunya rasuah.

"Saya yakin Datuk Seri Najib Razak selaku bekas Menteri Pertahanan yang berpengalaman dalam pembelian kapal selam faham bagaimana kos jauh lebih rendah sekiranya pembelian diuruskan syarikat pembekal tanpa penglibatan orang tengah dan juru bahasa," kata Shamsul ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2015 di Dewan Rakyat semalam.

Katanya, negara juga boleh menghantar pasukan teknikal dan bantuan di kalangan pegawai tentera yang berkemahiran untuk menilai aset dan menepati spesifikasi dikehendaki.

"Proses sekarang ialah Menteri Kewangan hanya mendapatkan kelulusan umum untuk membelanjakan jumlah wang melalui Rang Undang-undang Perbekalan tidak memadai.


"Bagi perbelanjaan berskala besar, kementerian terlibat tidak seharusnya sewenang-wenangnya bertindak tanpa pengawasan," katanya.

Shamsul berkata malangnya Kerajaan Persekutuan sering menjadikan alasan kerahsiaan dan keselamatan negara sebagai alat melindungi amalan komisen dan korupsi pihak tertentu.

-Selangor Kini

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget