Belia bukan UMNO berpeluang suarakan pandangan -Khairy


KUALA LUMPUR: Pemuda UMNO Malaysia akan mengadakan satu konvonsyen yang bakal membuka peluang kepada anak muda bukan ahli UMNO memberikan pandangan.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, ia selari dengan tujuan Pemuda UMNO Malaysia yang mahu perbahasan di Perhimpunan Agung UMNO pada Disember kelak mengikut aspirasi dan kehendak orang muda di luar parti.

“Kami berharap ia boleh menjadi bahan kepada kita dalam perbahasan perhimpunan agung. Kita mahu perbahasan kita ini mengikut kehendak aspirasi orang muda di luar parti.

“Kita akan panggil pemimpin muda yang diluar parti, mahasiswa yang ada di institusi untuk memberi pandangan mereka,” ujarnya dalam sidang media selepas selesai mempengerusikan Mesyuarat Exco Pemuda UMNO pada Isnin.

Konvonsyen tersebut dijangka diadakan pada 20 November akan datang.

Ia akan memuatkan beberapa isu termasuk pendidikan secara percuma dan isu kebebasan bersuara di institut pengajian tinggi yang sering dibangkitkan oleh anak muda masa kini.-Free Malaysia Today

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget