Putrajaya tidak cadang kembalikan ISA


Putrajaya tidak bercadang untuk mengembalikan Akta Keselamtan Dalam Negeri (ISA), kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri.
Dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat hari ini, Nancy berkata, undang-undang sedia ada berkeupayaan untuk mencegah kegiatan jenayah.

"Pada masa ini kerajaan tidak bercadang untuk mewujudkan semula Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1961.

"Ini kerana, undang-undang sedia ada yang digubal pada ketika ini adalah mencukupi dalam mencegah kegiatan jenayah berat di negara ini," katanya.

Ahli Parlimen Batang Sadong itu berkata demikian menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Lipis Datuk Abdul Rahman Mohamad yang bertanyakan sama ada kerajaan akan mewujudkan semula ISA sebagai usaha mencegah kegiatan jenayah berat kerana undang-undang itu dianggap paling relevan bagi menangani jenayah berat di negara ini.

- The Malaysian Insider

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget