Pembangkang sifatkan Bajet 2016 gagal menepati tema


KUCHING: Pembangkang menyifatkan Bajet 2016 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam gagal menepati tema ‘Mensejahtera Kehidupan Rakyat.’

Lebih mengecewakan menurut Timbalan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak See Chee How, kerajaan pusat dalam bajet ini terus mengabaikan permintaan negeri ini untuk kenaikan bayaran loyalti minyak dan gas kepada 20 peratus.

“Ini adalah bajet kedua sejak Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak meluluskan resolusi bagi mendapatkan bayaran loyalti sebanyak 20 peratus daripada kerajaan pusat.

“Meskipun kerajaan negeri mengumumkan beberapa konsensi dibuat Petronas tetapi kerajaan pusat masih gagal memenuhi permintaans serta kehendak Sarawak,” ujar ketika dihubungi semalam bagi mengulas mengenai intipati Bajet 2016.

Tambah See yang juga ADUN Batu Lintang, bajet kali ini dilihat amat tidak bertepatan dengan temanya ini kerana terlalu sedikit peruntukan memenuhi keperluan asas rakyat.

Sebaliknya menurut pemimpin pembangkang ini, sejumlah besar peruntukan adalah bagi projek mega yang tidak penting seperti projek landasan kereta api berkelajuan tinggi KL-Singapura. “Pada pandangan saya, bajet kali ini adalah lebih berupa harapan Perdana Menteri untuk menyelamatkan dirinya daripada diundi keluar dari pejabatnya.

“Malangnya, dengan tidak meletakkan kehendak rakyat sebagai keutamaan. Kegagalan beliau untuk mengetengahkan aspirasi negeri Malaysia Timur, bajet ini berisiko untuk tidak dilulus di Parlimen,” ujarnya lagi.

Walaupun unjuran harga minyak kekal rendah pada 2016, sumber ini akan masih memberi pendapatan sebanyak RM31.7 billion.

Ia jelas kerajaan pusat seharusnya memberi peruntukan khas atau geran tambahan RM4.5 billion dan RM3 billion masing-masing kepada Sarawak dan Sabah bagi mempercepatkan pertumbuhan di dua negeri ini.

“Bajet kali ini juga mendedahkan satu lagi penipuan kerajaan Barisan Nasional (BN) bahawa mengambil langkah menurunkan kuasa kepada Sarawak dan Sabah.

“Namun bajet ini tidak menyentuh walau satu mengenai perkara ini dan ia adalah satu lagi janji kosong kerajaan BN kepada Sarawak dan Sabah,” katanya.-Utusan Borneo

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget