Hargai usaha Adenan bangun luar bandar


SRI AMAN: Rakyat terutama di Dewan Undangan Negeri (DUN) Lingga harus menghargai usaha Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem yang memberi tumpuan terhadap usaha membangun kawasan luar bandar negeri ini.

ADUN Lingga Simoi Peri (gambar) berkata, usaha itu penting memandangkan status pembangunan kawasan luar bandar Sarawak ini masih memerlukan perhatian daripada kerajaan.

“Saya memohon semua rakyat terus memberi sokongan padu kepada Adenan agar Ketua Menteri kita dapat meneruskan tugasnya bagi tempoh lima tahun akan datang,” katanya.

Simoi berkata demikian ketika berucap ringkas pada lawatan kerja ke Kampung Tanjung Riong, Maludam bagi memantau du jeti belian yang telah siap dibina oleh kerajaan untuk rakyat di situ baru-baru ini.

Simoi memohon rakyat di kawasan luar bandar agar terus memberi kepercayaan kepada Barisan Nasional (BN) untuk terus meneraju kerajaan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Sementara itu katanya, pembinaan kemudahan jeti di Kampung Tanjung Riong, Maludam itu dilulus oleh kerajaan negeri di bawah Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) bagi DUN Lingga.

Jelasnya, kemudahan bekalan elektrik dipohon penduduk Kampung Tanjong Riang, Maludam juga masih dalam perhatian kementerian berkaitan dan bakal diusaha dalam masa terdekat ini.

“Begitu juga permohonan dua perahu. Saya akan mengusahakan permohonan perahu selewat-lewatnya menjelang hujung tahun ini untuk kegunaan rakyat di sini semasa banjir,” katanya.-Utusan Borneo

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget