Setiausahanya Muhtar Suhaili berkata dalam pembentangan Bajet 2016, tidak disentuh langsung mengenai pembinaan sekolah agama di kedua-dua negeri tersebut dan berharap ia akan dipertimbangkan semasa peringkat perancangan serta dilaksanakan tahun depan.
Namun beliau menyambut baik peruntukan yang besar untuk Sarawak antaranya pembinaan Lebuhraya Pan Borneo bebas tol yang akan siap sepenuhnya menjelang 2021, pinjaman tanpa faedah bagi membina rumah panjang, pembinaan Lapangan Terbang Mukah, penyediaan Klinik Bergerak 1Malaysia, program khas Bumiputera Sarawak, program 1Harga 1Sarawak dan subsidi baja padi huma.
-- BERNAMA
Post a Comment