Kerajaan alu-alukan cadangan kurang kadar tol – Fadillah

Fadillah menegaskan, penghapusan konsesi tol atau mengambil alih syarikat konsesi oleh kerajaan, bukanlah satu pilihan yang boleh dilaksanakan.
KELANA JAYA : Kementerian Kerja Raya mengalu-alukan cadangan daripada orang ramai dalam usaha untuk mencari kaedah yang boleh dipraktikkan bagi mengurangkan kadar tol.

Antara cadangan dikemukakan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof ialah memberi rebat kepada pengguna yang kerap menggunakan lebuh raya atau diskaun untuk kadar tol.

“Terdapat banyak cara yang kita boleh lakukan dan sekiranya orang ramai mempunyai sebarang idea, mereka boleh berkongsi dengan kementerian.

“Ada beberapa inisiatif yang telah kita lakukan, salah satu ialah mencipta aplikasi Smart Travel.

“Semua syarikat konsesi atau persatuan, melalui laman web mereka, memaparkan Smart Travel itu yang memberi nasihat mengenai laluan alternatif, di mana terdapat pengiraan yang boleh membantu orang ramai merancang laluan berdasarkan masa dan kos perjalanan,” katanya pada forum “Toll: Weighing reality, need and the future” di Akademi Kepimpinan Kapten Hussein, pada Selasa malam.

Bagaimanapun, Fadillah menegaskan, penghapusan konsesi tol atau mengambil alih syarikat konsesi oleh kerajaan, bukanlah satu pilihan yang boleh dilaksanakan.

Ini kerana, jelasnya, kerajaan terpaksa mengeluarkan kos sebanyak RM45.2 bilion dan kos akan datang sebanyak RM186.4 bilion, untuk bayaran pendahuluan bagi pengambilalihan itu.

“Kita telah jalankan kajian (mengenai perkara ini). Ia boleh dilakukan, jika kerajaan mempunyai wang, tetapi sekiranya wang tersebut dibelanjakan di tempat lain, ia akan memberi manfaat kepada lebih ramai orang untuk projek pembangunan lain.

“Kita masih memerlukan wang untuk pembinaan jalan-jalan baru dan jambatan perlu diperbaiki, kesihatan, pendidikan dan banyak perkara lain,” katanya.

Sebanyak 18 syarikat konsesi lebuh raya mengumumkan kenaikan kadar tol antara 10 sen hingga RM6, berkuat kuasa 15 Oktober lalu, menyebabkan ramai yang mengeluh dan bimbang, tindakan itu akan mendatangkan kesan rantaian kepada kehidupan rakyat, termasuk kenaikan kos sara hidup.

- The Rakyat Post

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget