Penerima BR1M jangan terlalu gembira

Pertambahan BR1M itu sebenarnya hanya penambah perisa dalam menyedapkan makanan

PETALING JAYA:Penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia BR1M) dinasihatkan agar tidak terlalu gembira dengan penambahan bantuan itu kerana ia sebenarnya penyedap yang akan meninggalkan kehausan berpanjangan.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pemberian BR1M itu sebenarnya akan menjerat rakyat Malaysia kerana ia hanya dianggap seperti penambah perisa untuk menyedapkan makanan.

“Tidaklah melampau untuk dikatakan bahawa Najib (Perdana Menteri) telah membuka laluan kepada kenaikan kadar GST (Cukai Barangan dan Perkhidmatan) yang lebih tinggi untuk 2017 dan tahun-tahun seterusnya.

“GST itu akan menampung operasi pengurusan yang ketirisan dan bertambah jika sumber pendapatan kerajaan dan harga minyak sedunia tidak banyak berubah.

“Ini tidak termasuk lagi kesan kejatuhan nilai Ringgit dan 1MDB kepada pedapatan negara yang langsung tidak disentuh di dalam bajet 2016,” katanya menerusi kenyataan media.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat mengumumkan, menaikkan kadar BR1M daripada RM750 kepada RM800 bagi isi rumah yang berpendapatan RM3,000 sehingga RM4,000.

Bagi RM3,000 ke bawah mereka akan mendapat RM1,000 berbanding RM950 sebelum ini.

Bagi mereka yang bujang dan berpendapatan kurang RM2,000 sebulan pula mereka menikmati kenaikan daripada RM350 ke RM400.-Free Malaysia Today

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget