Rundingan royalti dan Autonomi tidak akan berjaya, Adenan cakap kosong saja: Nik Nazmi


KUCHING: Rundingan tuntutan royalti minyak dan autonomi Sarawak tidak akan berjaya selagi Putrajaya dipegang oleh Barisan Nasional, kata YB Nik Nazmi.

"Adenan meminta untuk diberi mandat selama 5 tahun lagi, mahu bawa perubahan pada Negeri Sarawak, itu cakap kosong saja", tegas beliau lagi.

Nik Nazmi semasa berucap pada Majlis Perasmian Bilik Gerakan PKR Satok pada Sabtu lepas, turut menyatakan bahawa Sarawak yang mana besarnya sama dengan Semenanjung tetapi miskin serta jauh ketinggalan terutama dari segi pembangunan. "Ia disebabkan oleh pentadbiran BN dan PBB".

Tambah beliau lagi, Sabah dan Sarawak merupakan punca hasil kekayaan PM Najib dan BN.

"PM dan isterinya 'shopping'dengan RM50juta", tegasnya sambil mendedahkan bahawa PM telah menyalahguna RM4.6 billion dalam laporan baru-baru ini.

Nik Nzami turut meyakinkan penyokong PKR Satok bahawa adalah tidak mustahil calon-calon PKR sarawak akan memang dan seterusnya Sarawak akan dipimpin oleh PKR.

"Sejak ditadbir oleh PKR, Selangor hari ini jika anak baru lahir terus dapat tabung bantuan, anak nak ke tadika juga dapat bantuan, air juga percuma, malahan perkahwinan pertama turut diberi bantuan", seru beliau agar pengundi di Sarawak mencontohi rakyat di Selangor mengundi PKR.

"Saya menang 3000 majoriti undi di Selangor dan terbukti seluruh kerajaan BN Selangor tumbang ditangan PKR", ujar beliau yang merupakan ADUN N.32 Seri Setia Selangor.

Pada majlis itu juga, Nik Nazmi menyeru agar penduduk DUN Satok mengundi Mohamed Salleh sebagai calon PKR pada PRN Sarawak ke 11 akan datang jika mahukan perubahan. -SarawakLive

Post a Comment

What did nik azmi knows about Tok Nan? He is just trying to make Sarawakians think that Malayan parties can ease the predicaments that this Malayan ppl are creating

Ada pro kontra apa disampaikan. Selama ini Sarawak di bawah BN, punca pendapatan negara kebanyakkan datangnya dari Sarawak & Sabah, iaitu minyak & gas. Tetapi mengapa Sarawak masih mundur dari segi infrastruktur yang perlu seperti jalan, air bersih & sebagainya, padahal semua itu perlu adil untuk semua rakyat. Di situ kita dapat nampak macam mana kerajaan pimpinan BN. Berani saya katakan di sini, mungkin segelintir wakil rakyat BN ingin berbuat demikian untuk rakyat, tetapi kebanyakan hanya mementingkan diri sendiri. Kena fahamlah, bagi wakil rakyat, anda kuli rakyat, gaji anda hasil dari cukai rakyat, jadi lakukan tanggungjawab yang jujur & sepatutnya. Jika perhatikan Selangor sekarang, mengapa rakyat pilih Pakatan?, lihatlah apa hasilnya. Mungkin 20 30 tahun dahulu rakyat dapat diperlakukan, diperbodohkan, tetapi kini rakyat tidak semua yang tidak tahu menilai yang mana betu, logik, & perlu. Cukuplah menipu oh BN, rakyat sudah muak dengan anda. Semoga sekali ini terhapuslah nama BN sebagai parti permerintah di Sarawak. Cukuplah penderitaan bagi rakyat Sarawak disebabkan BN selama berpuluh tahun ini.

Put nden org malaya mengamuk di sarawak. Biar org sarawak menentukan siapa yang patut dipilih....jangan jadi org malaya penghasut....balik malaya leeee.... Sik heran bila ramai org sebelah sana dicolop masuk ke Sarawak. Kalau minta pilih biar ada fakta bukannya nganok orang lain....

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget