LUNDU: Pengerusi Barisan National (BN) Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri
Adenan Satem yakin BN dapat mempertahankan kerusi Tanjong Datu dan Opar pada
Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN11) nanti.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama
Rakyat sempena pemberian geran PIBG (Persatuan Ibu Bapa dan Guru) dan bantuan
pakaian seragam Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Daerah Tanjung Datu di
Dewan Masyarakat Lundu di sini, semalam.
Adenan yang berucap di hadapan 3,000 anggota RELA memberitahu bahawa
beliau amat gembira melihat semangat, perpaduan dan keseragaman ditunjukkan
anggota RELA yang hadir.
Beliau berkata perpaduan dan kesatuan yang ditunjukkan oleh RELA dan
rakyat dengan kerajaan selama ini menyukarkan pihak lawan menawan kedua-dua
kawasan DUN tersebut.
“Saya sangat gembira hari ini. Semangat perpaduan dan keseragaman yang
ditunjukkan, malah telah terbukti Tanjong Datu dan Opar susah ditawan pihak
lawan.
“Kali ini mereka (pembangkang) akan kalah teruk, kalaulah mereka berani
muncul,” katanya.
Adenan yang juga calon untuk Tanjong Datu memberitahu bahawa keyakinan
itu diluahkan kerana percaya rakyat dan RELA yang sebahagiannya pengundi
berdaftar tahu berterima kasih kepada kerajaan.
Beliau berkata daripada 12,391 anggota RELA di daerah Tanjong Datu,
3,861 merupakan pengundi berdaftar manakala 3,787 adalah pengundi bagi Opar.
Ranum Mina akan mempertahankan DUN Opar selepas disahkan sebagai calon
langsung BN hari ini.
“Saya berharap apabila tiba hari mengundi nanti, turunlah beramai-ramai
menunaikan tanggungjawab anda sebagai pengundi dan anggota RELA.
“Tak usahlah menunggu parti
politik mengarah anda agar turun mengundi,” katanya. – Utusan Borneo.
Post a Comment
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.