KUCHING: Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Sarawak semalam menyambut baik
tarikh mengundi Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN11) seperti yang diumumkan
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di sini, semalam.
Pengumuman tarikh yang sememangnya dinantikan itu turut disifatkan
sebagai me-legakan kerana akhirnya teka-teki dalam kalangan wakil kepimpinan
termasuk rakyat di negeri ini terjawab.
Menurut Pesuruhjaya PAS Sarawak Jofri Jaraiee, jentera parti itu telah
lama bersiap sedia dari awal lagi.
“Tarikh yang dipilih SPR untuk hari keluar mengundi itu adalah tarikh
yang baik di mana ia jatuh pada hari Sabtu dan pasti tiada masalah kerana ramai
yang boleh keluar mengundi.
“Ia termasuk penjawat awam dan swasta yang juga boleh keluar mengundi
selepas waktu pejabat yang bekerja setengah hari pada hari berkenaan, jadi 7
Mei itu adalah okay…no problem,” katanya ketika dihubungi pemberita, semalam.
Ketika diminta mengulas mengenai status persediaan parti itu, Jofri
memberitahu, tidak ada apa yang perlu dibimbangkan dan segala persiapan
berkempen termasuk persiapan menghadapi PRN11 kini berjalan lancar.
“Bukan baharu sekarang kami menyantuni rakyat setempat, tetapi telah
lama kami bergerak dan bertemu dengan rakyat,” katanya.
Terdahulu, Pengerusi SPR Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah mengumumkan 7
Mei depan sebagai tarikh mengundi bagi PRN11.
Tarikh bagi penamaan calon pula ditetapkan pada 25 April manakala
pengundian awal pada 3 Mei.
Katanya bagi PRN11, SPR akan menggunakan daftar pemilih induk 2015 yang
dikemas kini sehingga 10 April lepas.
“Daftar pemilih itu mengandungi 1,138,650 pemilih berdaftar yang terdiri
daripada 1,113,522 pemilih biasa, 25,022 pemilih tidak hadir bagi pengundi awal
dan 106 pemilih tidak hadir bagi pengundi pos.
“Tempoh berkempen yang ditetapkan sebelum berlangsungnya PRN11 ialah
selama 12 hari,” katanya pada sidang media sempena PRN11 di sini, semalam. – Utusan Borneo.
Post a Comment
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.