DAP perlu ‘gentleman’, kata PKR



PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat tidak akan berhenti berkempen di keenam-enam DUN yang menjadi perebutan dengan DAP dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak kali ini.

Menjawab kenyataan Setiausaha Organisasi DAP Kebangsaan, Anthony Loke hari ini, Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin berkata PKR terus menjalankan kempen yang sedang berlangsung ketika ini.

“Semua kena ‘gentleman’. Inikan pilihan raya. Kalau tak kempen macam mana nak menang?” kata Zuraida, ketika ditemui pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya, petang tadi.

Terdahulu, Anthony Loke mendedahkan bahawa DAP sebenarnya bersedia untuk berundur daripada berkempen di Batu Kitang sekiranya PKR berbuat dari lima kerusi lain yang turut menjadi pertikaian antara kedua parti.

Lima kerusi tersebut adalah Mulu, Murum, Simanggang, Ngemah dan Mambong.

Anthony Loke bagaimanapun mengakui bahawa sudah terlambat untuk berundur, dan DAP berjanji untuk tidak akan menyerang PKR di kawasan pertembungan.

Sementara itu, Naib Presiden PKR, Samsul Iskandar Md Akin masih membuka pintu perbincangan untuk DAP bagi membincangkan strategi di keenam-enam kawasan terbabit.

“Kita konsisten seperti sebelum ini agar pintu perbincangan dibuat dengan hati yang terbuka,” katanya.-Free Malaysia Today

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget