Ahmad MAslan Lebih Baik Diam - AMK


Kenyataan Datuk Ahmad Maslan berkaitan dua kerja rakyat Malaysia menunjukkan kerajaan mengakui bahawa isu kenaikan kos sara hidup adalah perkara serius, kata Pemuda PKR (AMK).

Bagaimanapun, kata ketua sayap itu Nik Nazmi Nik Ahmad, kerajaan sebenarnya sudah ketandusan idea untuk menangani isu ini.

“Bukan sahaja cadangan itu tidak konstruktif sebagai kaedah penyelasaian daripada pucuk pimpinan negara, malah ia merupakan penghinaan kepada rakyat yang semakin tertekan menghadapi realiti kehidupan masa kini yang sudah cukup membebankan,” katanya.

Selepas dikritik keras kerana bercakap tentang dua kerja bagi menampung kos sara hidup tinggi, Ahmad semalam mempertahankan diri dengan berkata beliau sendiri melakukan tiga kerja.

Kerja-kerja itu, katanya, sebagai anggota parlimen, timbalan menteri dan ketua penerangan Umno.

Malah, kata Ahmad, ramai rakyat Malaysia melakukan dua kerja dan berusaha gigih cari rezeki yang halal.

Dalam kenyataan hari ini, Nik Nazmi yang juga exco kerajaan Selangor berkata cadangan itu hanya menambahkan beban berlebihan rakyat Malaysia.

“Kami syorkan mana-mana (timbalan) menteri, seperti Ahmad Maslan, jika tidak dapat menyumbang idea atau mengeluarkan polisi yang benar-benar membantu rakyat, baiklah mendiamkan diri daripada menyakitkan hati,” katanya.

Merujuk kenyataan beliau sendiri melakukan tiga kerja, Nik Nazmi berkata Ahmad langsung tidak dapat membezakan jawatan yang dipegangnya dengan pekerjaan rakyat biasa.

- Malaysiakini

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget