64 JKKK, Tabika Methodist DUN Simanggang terima geran


SRI AMAN: Sebanyak 64 Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan sebuah Tabika Methodist di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simanggang menerima geran kerajaan daripada kerajaan Barisan Nasional (BN) di sini, semalam.

Terdahulu geran berjumlah RM250,000 itu telah disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang Datuk Francis Harden Hollis.

Harden yang juga Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar dan Menteri Muda Perumahan ketika berucap ringkas pada majlis penyampaian geran berkenaan berharap agar geran yang disalurkan itu dapat digunakan untuk pembangunan di kawasan JKKK masing masing.

“Selaku wakil rakyat di kawasan ini, saya tidak mahu melihat geran yang disalurkan ini dibahagikan sama rata kepada penduduk rumah panjang sebaliknya diguna untuk pembangunan JKKK masing-masing.

“Pembangunan yang saya maksudkan ialah untuk membeli simen, dawai, perkakas rumah seperti tiang dan sebagainya bukannya dibahagi kepada setiap pintu bilik,” ujarnya.

Oleh yang demikian katanya, pengerusi JKKK, tuai rumah dan ketua kampung juga perlu menerangkan kepada anak buah mereka berkenaan peruntukan yang disalur kerajaan agar mereka tahu bahawa kerajaan turut mengagih peruntukan kepada rumah panjang mereka.

“Jangan sesekali berselindung dengan anak-anak buah tentang peruntukan disalur kerajaan,” katanya.

Turut hadir Temenggung Sii Toh Peng, Datuk Tan Chong Meng serta ahli ahli SUPP yang lain.-Utusan Borneo

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget