BN Sarawak tolak autonomi?


Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem mesti menjelaskan mengapa anggota parlimen dan senator negeri itu dibenarkan menyokong dalam meluluskan rang undang-undang Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2015.

Perkara ini dibangkitkan oleh anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padungan, Wong King Wei (gambar) yang berkata undang-undang itu akan memberi kesan kepada rakyat di Sarawak.

“Adenan mesti jawab kenapa beliau benarkan MP dan senator dari Sarawak menyokong untuk meluluskan undang-undang zalim bagi menyekat suara rakyat Sarawak?” Soal Wong dalam kenyatannya hari ini.

Beliau berkata, rang undang-undang MKN itu akan membawa negara kepada pentadbiran diktator dan memusnahkan sistem demokrasi.

"Namun anggota Parlimen dari Sarawak dan senator menyokong untuk meluluskan rang undang-undang di kedua-dua Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

"Ini menunjukkan bahawa BN Sarawak tidak ingin melihat lebih banyak autonomi bagi rakyat Sarawak," katanya.

Minta PM tahan dulu?

Dalam kenyataan berasingan, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang meminta Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Paul Low sama ada beliau akan meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk menahan rang undang-undang MKN sehingga ia dipinda.

Ia kerana, komen Low semalam bahawa berkata jika kerajaan takutkan tuhan, tiada keperluan lagi untuk beliau berada dalam kabinet.

Lim berkata, Low yang merupakan menteri yang bertanggungjawab bagi tadbir urus dan integriti, perlu mendapatkan Najib bagi mengkaji dan meminda Rang Undang-undang kerana ia melanggar dua prinsip Rukun Negara.-Malaysiakini

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget