PAS akan terus kekal sebagai pembangkang manakala UMNO sebagai pemerintah untuk ketika ini dan jika UMNO buat benda yang baik, PAS akan sokong.
Itu pengakuan Ketua Pemuda PAS Nik Abdul Nik Abdul Aziz berhubung hasrat kerjasama kedua-dua parti demi kebaikan orang Islam dan Melayu.
Menurut Ahli Parlimen Pasir Mas itu, sebagai pembangkang PAS tidak boleh asyik hendak bangkang perkara baik yang dibuat oleh UMNO kerana itu bukan politik sihat.
“Begitu juga dengan UMNO, jika PAS atau parti pembangkang lain membuat kebaikan, mereka perlu berbuat perkara yang sama iaitu tidak menyekat. Inilah yang kita mahukan iaitu berpolitik secara matang,” katanya, di Pasir Mas,semalam.
Menurut Nik Abdul, apabila pilihan raya umum, semua parti akan berlawan seperti biasa dan ketika itulah rakyat akan membuat penilaian parti mana yang mereka akan pilih dan sokong.
Katanya, kerjasama antara PAS dengan UMNO untuk kepentingan agama dan rakyat akan membuka dimensi baharu landskap politik negara pada masa depan.
Beliau percaya impian rakyat di negara ini untuk melihat perpaduan di antara kedua-dua parti tersebut bagi mewujudkan persaingan politik yang sihat.
Beliau berkata, rakyat sudah matang untuk membuat keputusan memilih mana parti yang terbaik untuk memerintah negara ini.- BNBBC
Post a Comment