Ahmad Maslan Rosakkan Disiplin Kakitangan Awam - Zam


Kenyataan Datuk Ahmad Maslan yang mencadangkan rakyat melakukan pekerjaan tambahan bagi menampung kos sara hidup yang meningkat terrus mendapat cemuhan.

Hari ini, bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin menempelak Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu kerana memberi mesej yang salah kepada kakitangan perkhidmatan awam.

“Tentunya kakitangnan dan pegawai kerajan juga mengira diri mereka termasuk dalam golongan yang dimaksudkan itu kerana mereka juga golongan yang mengira pendapatan mereka semakin kurang kerana perbelanjaan semakin besar dengan kenaikan harga barangan sebagainya.

“Ahmad Maslan tidak menyedari kesannya boleh meruntuhkan nilai-nilai yang yang cuba dipertahankan dan diperkuatkan lagi terutama di kalangan kakitangan kerajaan,” tulis Zainuddin di blog.

Lepak di kedai mamak

Beliau yang mesra dengan panggilan Zam berkata sikap berkerja kakitangan awam sekarangpun telah merosot bagitu jauh jika dibandingkan dengan era Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Kita sekarang boleh melihat bagaimana kakitangan kerajaan lepak dalam masa kerja di kedai-kedai mamak terutama di Putrajaya kecuali jika diketuai oeh ketua-ketua jabatan yang diketahui benar-benar tegas dan keras,” katanya.

Menurutnya, kenyataan Ahamd Mazlan jelas memperlihatkan sikap menteri-menteri yang tidak memahami nilai-nilai untuk mengekalkan tradisi bekerja di kalangan pegawai kerajaan yang perlu diperketatkan dalam usaha membangunkan sebuah masyarakat wawasan 2020 yang rajin dedikasi, berinsiatif dan keperluan mengekalkan nilai-nilai yang telah membangukan maruah negara selama lebih 50 taun merdeka.

Sebaliknya beliau menyelar Ahmad Maslan kerana menambah merosakan displin kakitangan dan pegawai kerajaan terutama di kalangan guru yang sekarang pun, katanya, ramai yang terlibat dengan kelas tuisyen.

“Kenyataan Ahmad Maslan itu sekali gus mengingatkan saya terhadap sikap bekerja kakitangan pemerintah Indonesia yang hanya datang di waktu pagi dan hilang di waktu petang untuk membuat kerja sampingan lain.

“Saya telah hidup dari sejak zaman pemerintahan Soekarno di Indonesia dan memahami keadaan masyarakatnya yang terpaksa membuat dua tiga kerja sehari yang berlanjutan hingga ke era Jukowi sekarang ini. Kita menuju ke arah ini,” katanya.

Zainuddin mengakhir tulisannya dengan berkata kenyataan Ahmad Maslan itu sedang menambah kriteria untuk melayakan Malaysia menjadi sebagai sebuah negara yang gagal.-malaysiakini

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget