Hidup Dalam Suasana Aman Dan Harmoni Sebagai Adik-Beradik - Aktivis Sosial Sarawak


KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia harus menganggap diri mereka bertuah kerana dapat menyambut perayaan masing-masing dalam suasana aman dan tenang, tidak seperti penduduk di sesetengah negara yang dilanda konflik.

Aktivis alam sekitar dan dermawan Sarawak terkemuka Datuk Seri Ang Lai Soon berkata Malaysia mempunyai tradisi luar biasa apabila masyarakat daripada kepercayaan yang berbeza menyertai rakan-rakan mereka yang beragama Kristian menyambut Krismas.

"Saya rasa saya bercakap untuk hampir kebanyakan rakyat Malaysia apabila menyatakan bahawa hadiah terbaik Krismas dan Tahun Baharu untuk kita ialah dapat terus hidup dengan aman dan harmoni sebagai adik-beradik dalam keluarga umat manusia yang besar," kata beliau dalam perutusan sempena Krismas 2015.

Ang, yang juga Pengerusi merangkap Komander St John Ambulance Sarawak berkata pada ketika ini tahun ini, setiap rakyat Malaysia harus menghulurkan tangan persahabatan dan muhibah kepada keluarga, jiran, kawan-kawan dan rakan senegara.

Beliau berkata, golongan miskin, orang sakit, orang kurang upaya dan golongan kurang bernasib baik tidak harus dilupakan ketika mesej keamanan dan muhibah telah disebarkan kepada semua anggota masyarakat.

Ang menegaskan bahawa bagi kebanyakan mereka yang lain di seluruh dunia, 2015 dan perayaan Krismas telah dan akan dicemari oleh peperangan dan konflik, dan pencabulan hak asasi manusia.

Dari segi sejarah dan sehingga ke hari ini, beliau berkata, nyawa telah hilang dan kesengsaraan menimpa akibat perkara-perkara yang bergantung kepada etnik, mengagungkan kedudukan, kepercayaan atau ketuanan.

"Mujurlah, kita di negara ini sentiasa dapat mengekalkan identiti kita sendiri, menolak apa-apa yang tidak munasabah, tidak adil dan tidak wajar pada setiap masa. Ini yang kita raikan," katanya.

- Bernama
Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget