Pengharaman vape tunggu Lembaga Fatwa Negeri Sarawak bersidang


KUCHING: Sebarang keputusan mengenai pengharaman rokok elektronik atau vape di negeri ini hanya dibuat selepas Lembaga Fatwa Negeri Sarawak bersidang.

Mufti Negeri Datu Kipli Yassin berkata, sehingga kini belum ada sebarang keputusan dibuat mengenai perkara itu.

“Sekarang belum ada sebarang keputusan dan ia hanya akan dibuat selepas Lembaga Fatwa Negeri Sarawak bersidang.

“Tarikh mesyuarat akan datang belum diputuskan,” katanya kepada Utusan Borneo semalam.

Sebelum ini BERNAMA melaporkan bahawa Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan hukum penggunaan rokok elektronik atau vape adalah haram.

Perkara itu dimaklumkan Pen-gerusi Majlis Fatwa Kebangsaan Profesor Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin pada sidang media selepas Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia.

Beliau berkata semua ahli muzakarah bersetuju dengan memberi pandangan hukum bahawa penggunaan rokok elektronik atau vape adalah haram.

Katanya keputusan itu dibuat setelah membuat pertimbangan daripada semua sudut termasuk syariah, perubatan dan saintifik serta unsur pembaziran dan budaya tidak sihat.

Sementara itu daripada sudut perubatan, Menteri Muda Kesihatan Awam Datuk Dr Jerip Susil berkata, pengharaman penggunaan vape dalam kalangan pengguna di Sarawak masih belum diputus- kan dan sedang dalam kajian terperinci untuk dibincang di kabinet negeri.

“Umum tahu bahawa dua negeri di Malaysia, Johor dan Kelantan telah mengambil langkah mengharamkan penggunaan vape di negeri masing-masing.

“Namun bagi Sarawak, kita masih meneliti secara terperinci ter-utama kesan dan impak vape kepada pengguna sebelum memutuskan untuk mengharamkannya di sini,” katanya.

Johor menjadi negeri pertama yang mengharamkan vape apabila Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah, aktiviti penjualan mahupun penggunaan vape dihentikan berkuat kuasa 1 Januari tahun depan.

Tindakan itu turut diikuti negeri Kelantan yang memberi notis 14 hari kepada pemilik perniagaan vape mengosongkan premis masing-masing sebelum penguatkuasaan dilaksana, juga menjelang Januari 2016.

Selain itu, terbaharu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengumumkan untuk mengikut jejak langkah dua negeri itu dengan tidak lagi mengeluarkan lesen kepada peniaga vape sekali gus mengharamkan penjualannya.

- Borneo Post Online
Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget