Pas Semakin Kukuh


SHAH ALAM - Pas sudah berada di landasan yang semakin tepat dan betul di mana ia bergerak di antara kecenderungan tinggi untuk menggali nas-nas agama serta budaya fact and figure dalam usaha menentukan hala tuju dan strategi politik dan perjuangannya.

Ketua Pemudanya, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, keinginan tinggi pihak yang mahu melihat kehancuran Pas tidak akan berlaku malah keyakinan pada diri sendiri melayakkan Pas menawarkan politik matang dan beresolusi untuk negara ini.

“Pas amat sedar bahawasanya ramai yang mahu melihat keretakan berlaku di dalam parti ini, namun ia hanya satu mimpi bahkan mustahil untuk direalisasikan kerana ikatan antara kami terlalu utuh untuk digoyah mahupun diperkotak-katikkan.

“Anda tahu kenapa ramai yang mahukan keretakan berlaku di dalam Pas? Jawapannya, kerana mereka tidak memiliki apa yang kami miliki hari ini. Bahkan kami juga sedang menunggu majlis mesyuarat dan pertemuan antara kami yang menyaksikan gabungan mantap antara orang lama (Pas) yang berpengalaman penuh ketenangan dan kumpulan muda penuh semangat,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Nik Abduh menegaskan Pemuda Pas sentiasa mengukuhkan jalinan ukhuwah sesama mereka sejak pimpinan Nasrudin Hassan lebih tujuh tahun dulu sekali gus menggabungkan kepimpinan bersama antara kumpulan profesional, aktivis dan agamawan.

“Selain golongan cerdik pandai daripada universiti semakin rancak memainkan peranan terutama sosiopolitik negara, ruang-ruang dakwah turut semakin luas diteroka oleh semua penggerak Pas.

“Jangan percaya fitnah, Pas dari dahulu menolak fitnah dan mengiranya sebagai jalan-jalan menuju kemusnahan negara dan umat selain terus berusaha memerangi musuh utama yang merosakkan negara iaitu rasuah, salah guna kuasa, pembaziran dan pemborosan wang rakyat serta penindasan terhadap golongan miskin (pelbagai kenaikan harga dan cukai yang dikenakan)," katanya.

Katanya, Umno sebagai parti yang telah memerintah negara sejak puluhan tahun lalu seharusnya mengakui hakikat yang berlaku kini malah perlu muhasabah serta memperbaiki cara pemerintahan mereka sebelum ditolak rakyat.

- Sinar Online
Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget