Wujud keserasian tapi masih terlalu awal


KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melahirkan keyakinan bahawa sudah wujud keserasian dalam pemimpin Umno dan Pas, namun masih terlalu awal untuk menyatakan kerjasama kedua-dua parti itu secara formal.

Beliau yang juga Naib Presiden Umno berkata, usahasama dan perpaduan kedua-dua parti itu sejak kebelakangan ini adalah sesuatu yang menggalakkan dan ikatan tahaluf siyasi boleh terjalin andainya ada persefahaman yang termeterai. 

"Pada masa ini seperti mana yang saya pernah nyatakan dalam media ‎massa yang lalu bahawa terlalu awal untuk saya mengatakan bahawa kerjasama ini dibuat secara formal melalui pendekatan ikatan politik secara berorganisasi.

"Saya melahirkan keyakinan bahawa ada keserasian sudah wujud dalam pemimpin Umno dan Pas walaupun ada kedengaran suara-suara yang menolak daripada Pas," katanya dalam kenyataan di sini, malam ini.

Katanya Umno mengamalkan sikap terbuka, namun parti itu perlu mengambil kira pandangan rakan-rakan dalam Barisan Nasional (BN) dan menilai unsur kerjasama dari sudut penerimaan parti-parti komponen BN.

Ahmad Zahid turut menafikan beliau mengeluarkan kenyataan kononnya Majlis Syura Ulama Pas mahu supaya setiap anggota parti Pas akur dengan kerjasama Umno dan Pas.

"Seperti mana kenyataan awal saya menyatakan bahawa belum ada lagi sebarang kerjasama formal dibentuk antara Umno dan Pas termasuklah sebarang surat rasmi daripada Umno berhubung kerjasama dengan parti Pas," jelas beliau.

- Sinar Online

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget