Jabatan Peguam Negara Thailand serah siasatan 1MDB, Justo

Jabatan Peguam Negara (AGC) sudah menerima dokumen berkaitan siasatan 1MDB dari Jabatan Peguam Negara Thailand, termasuk maklumat yang dikongsi bekas eksekutif PetroSaudi International, Xavier Andre Justo dengan Sarawak Report.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata dokumen itu diserahkan oleh Jabatan Peguam Negara Thailand pada Khamis.

“Kami sedang menunggu AGC untuk meneliti dokumen itu sebelum menyerahkannya kepada kami.

“Dokumen itu termasuk maklumat yang dikongsi Justo bersama pengarang Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown dan juga transkrip soal siasat antara polis Malaysia dengannya di Thailand baru-baru ini,” katanya di Bukit Aman pada Khamis.

Khalid berkata dokumen tersebut akan disemak oleh polis sebelum siasatan dilengkapkan.

Pada 15 Disember lalu, polis Malaysia diketuai Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Amar Singh Ishar Singh.mendapatkan keterangan daripada Justo di penjara Bangkok.

Justo dijatuhi hukuman penjara tiga tahun oleh Mahkamah Jenayah Selatan Bangkok kerana mencuri data termasuk e-mel, dokumen dan beberapa bahan lain milik PetroSaudi International pada 17 Ogos lalu.- BNBBC
Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget