Projek RTP bernilai RM4juta berjaya dilaksanakan


KUCHING: Majlis Perbandaran Padawan (MPP) telah berjaya melaksanakan semua projek yang diamanahkan kepada mereka sepanjang tahun ini, walaupun mempunyai sumber kewangan dan sumber manusia yang terbatas.

Pengerusinya Lo Khere Chiang berkata pencapaian itu jelas menunjukkan MPP komited dalam menyampaikan perkhidmatan kepada penduduk di kawasan seliaannya.

“Saya dengan bangga mengatakan bahawa kami telah berjaya melaksanakan semua projek,” katanya pada sidang media di ibu pejabat MPP di sini, semalam.

Lo menambah selain berjaya melaksanakan projek, MPP juga telah membantu dalam pelaksanaan projek-projek Program Transformasi Luar bandar (RTP) bersama agensi pelaksana iaitu pejabat daerah.

“Kami telah membantu melaksanakan projek RTP bernilai lebih RM4 juta,” katanya.

Pada masa sama, beliau berkata MPP juga telah berjaya melaksanakan Program Pembasmian Kemiskinan Bandar yang menyaksikan pihak berkuasa tempatan itu membantu dalam pembinaan 11 rumah baharu dari 2012 hingga 2015 untuk keluarga yang memerlukan dengan kos kira-kira RM50,000 bagi setiap rumah.

Lo menambah, pihaknya juga telah membantu dalam sewa rumah melibatkan 75 keluarga miskin pada tahun ini serta banyak lagi.

Justeru, beliau menjangkakan bahawa MPP akan diberi lebih banyak projek untuk dilaksanakan tahun depan.-Utusan Borneo

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget