Sudah kukuh, Perkasa tidak perlu tubuh parti


SHAH ALAM - Tidak ada keperluan bagi Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) untuk berdiri sebagai sebuah parti politik.

Yang Dipertua Perkasa Selangor, Abu Bakar Yahya berkata, ini kerana Perkasa mempunyai tapak dan pengaruh yang kukuh untuk kekal sebagai NGO.

Tambahnya lagi, suara Perkasa sebagai NGO masih didengar oleh pihak kerajaan.

Bagaimanapun perkara tersebut terpulang kepada ahli dan pimpinan NGO untuk membuat keputusan.

“Tidak perlu bagi Perkasa untuk bertukar kepada sebuah parti.

"Bagaimanapun ini terpulang kepada ahli-ahli Perkasa. Jika mereka mahu Perkasa menjadi sebuah parti, jadi kita akan tubuhkan parti,” katanya kepada Sinar Online, hari ini.

Kelmarin, seorang pemimpin Perkasa mengeluarkan kenyataan bahawa Perkasa mungkin akan membentuk sebagai sebuah parti sekiranya Pas dan Umno kecundang pada PRU akan datang.

Kenyataan tersebut dikatakan dibuat susulan Umno yang kini mengalami pergolakan dalaman akibat krisis pemimpinnya.

- Sinar Online
Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget