Dakwaan harga getah rendah tidak berasas


Dakwaan harga getah di Malaysia jauh lebih rendah berbanding negara lain tidak berasas kerana kerana harga komoditi itu ditetapkan secara harian di pasaran dengan berdasarkan permintaan dan bekalan.

Pengerusi Lembaga Getah Malaysia Datuk Ahmad Hamzah berkata maklumat tidak tepat mengenai harga getah yang berlegar sekarang mengundang kegusaran dalam kalangan pekebun getah.

getahbeku“Harga harian yang ditetapkan oleh pasaran ialah harga FOB yang mengandungi sebanyak 100 peratus kandungan getah kering (DRC) atau dried rubber content, harga disebut di peringkat ladang adalah daripada harga FOB tadi ditolak dengan harga proses dan dibahagi 2 kerana kandungan getah basah adalah 50 peratus” ujarnya.

Tambahnya, harga komoditi getah yang merudum turut dialami negara-negara utama pengeluar getah seperti Thailand, Indonesia, Vietnam, China dan India.

Menyedari perkara itu, kerajaan melalui Lembaga Getah Malaysia dan agensi berkaitan, menjalankan pelbagai inisiatif untuk meningkatkan penggunaan produk dan barangan berasaskan getah asli di peringkat domestik dan antarabangsa.

“Kalau boleh kita nak pelbagaikan penggunaan getah supaya tidak bergantung kepada eksport. Ketika ini selain sarung tangan, kondom kita juga mahu gerakkan penggunaan getah di jalanraya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media memorandum perjanjian (MOA) diantara Nadicorp Holdings Sdn Bhd dengan Lembaga Getah Malaysia (LGM) bagi penyelidikan aplikasi komersil getah asli termaju, ekoprena dan getah asli nyah protein pureprena untuk tayar.

Ia menyaksikan penggunaan 500 biji tayar dari komponen getah asli terbabit digunakan keatas bas diusahakan anak syarikat Nadicorp, Konsortium Transnasional Berhad (KTB) sebagai platform penyelidikan untuk tempoh 3 tahun bermula 2016 hingga 2018.-BNBBC

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget