BN akan menang besar di empat kerusi negeri di bahagian Serian.


SERIAN: Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Perhubungan Dato Sri Michael Manyin Jawong penuh yakin bahawa Barisan Nasional (BN) akan menang majoriti besar di empat kerusi negeri di bahagian Serian.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tebedu berkata, ini kerana rakyat di kawasan berkenaan mengenang budi kerajaan BN yang telah banyak melaksanakan pembangunan di kawasan terbabit.

“Kami akan terus me-nyokong Yang Amat Berhormat Ketua Menteri (Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem) untuk meneruskan pembangunan lima tahun akan datang kerana sejak menerajui negeri ini ba-nyak keputusan dibuat yang memberi keuntungan kepada rakyat.

“Kami dengan ini memberi jaminan bahawa kami akan berusaha dan mendapatkan majoriti lebih besar dan anda (Adenan) akan berada di sana (sebagai Ketua Menteri) untuk lima tahun lagi…itu janji kami,” katanya ketika berucap pada Majlis Penyerahan Warta Rizab Guna Sama Bumiputera Seksyen 6 Kanun Tanah Negeri (KTN) di bawah Insiatif Baharu Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) serta penyampaian Surat Hak Milik Tanah Kampung Tradisi Seksyen 18 KTN yang disempurnakan Adenan di Dewan Masyarakat Serian di sini, semalam.

Empat kerusi DUN di bahagian Serian adalah Tarat, Kedup, Tebedu dan kerusi baharu Bukit Semuja (Triboh).

Manyin menegaskan bahawa antara sumbangan dan pengiktirafan signifikan oleh Adenan kepada komuniti Bidayuh adalah mengisytiharkan Serian sebagai sebagai sebuah bahagian selain daripada pembangunan lain oleh kerajaan.

Sehubungan itu katanya, tidak ada sebab untuk Bidayuh tidak memberi soko-ngan penuh kepada BN pada pilihan raya akan datang.

Berhubung isu tanah, beliau menggesa kepada masyara-kat agar tidak tepengaruh dengan propaganda sesetengah pihak yang menyatakan kerajaan mahu merampas tanah rakyat.

“Kerajaan bukan mahu merampas tanah rakyat sebaliknya untuk mengiktiraf tanah dan memberi mereka surat hak milik.

“Saya kesal kerana ada segelintir kampung di Serian telah menolak untuk disukat tanah kerana salah faham oleh sesetengah pihak bahawa kerajaan merampas tanah rakyat dan ini menyebabkan kerja-kerja penyukatan di kawasan Serian agak lambat,” katanya.

Sementara itu Penguasa Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Samarahan Rozlan Putit dalam taklimat ringkasnya menyatakan sebanyak lapan kawasan di bahagian Serian telah diwartakan di bawah Seksyen 6 KTN melibatkan keluasan 22,315.93 hektar akan diserahkan kepada 68 penerima daripada 60 kampung.

“Namun setakat 30 November tahun ini secara ke-seluruhan di kawasan Serian 39 kawasan telah diluluskan dengan keluasan 91,909.38 hektar dan daripada itu jumlah yang telah diwartakan sebanyak 15 kawasan dengan melibatkan 16,695.32 hektar sementara tujuh kawasan telah diwarta dan diserahkan yang melibatkan 4,379.39 hektar.

“Bagi seluruh negeri pula, kawasan yang telah diluluskan sebanyak 653 melibatkan lebih 1.11 juta hektar di mana 443 kawasan yang melibatkan 683,171 hektar telah disukat dan sebanyak 312 kawasan dengan 454,073 hektar telah diwartakan,” katanya.

Mengenai surat hak milik kampung tradisi, semalam JTS kata Rozlan menyampai-kan kepada 429 penerima daripada dua kampung iaitu Kampung Pichin dan Kampung Rasau.

Secara keseluruhan di bahagian Serian, JTS telah meluluskan 11 kampung untuk kampung tradisi dengan melibatkan 1,565 lot rumah kediaman dengan 1,388 surat hak milik Seksyen 18 KTN.

Sementara di seluruh ne-geri sebanyak 284 kampung diluluskan dengan melibatkan 48,500 lot rumah kediaman dengan 42,848 surat hak milik Seksyen 18 KTN.

Turut hadir Timbalan Speaker DUN merangkap ADUN Tarat Datuk Roland Sagah Wee Inn, ADUN Kedup Martin Ben dan Residen Serian Dahim Nadot.

- Borneo Post Online

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget