MIRI: Dianggarkan 90 peratus pengundi Melayu dengan kebanyakannya ahli PBB menyuarakan sokongan kepada SPDP mencalonkan Dr Penguang Manggil sebagai calon di kerusi Marudi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
Dalam kenyataan media bersama di sini semalam, Presiden SPDP Datuk Seri Tiong King Sing berkata beliau mendapat jaminan dan sokongan sebulat suara itu daripada penduduk dan pe-mimpin masyarakat Melayu Marudi menerusi dialog dihadiri 15 pemimpin dan wakil penduduk pada 19 Disember lalu.
“Salah seorang wakil mereka, Mohd Bujang Noh Sait menyatakan bahawa 90 peratus masyarakat Melayu kebanyakannya ahli PBB dengan pengundi berdaftar lebih 2,000 orang menyuarakan dan memberi sokongan padu kepada Dr Penguang sebagai calon,” katanya.
Menurut Tiong, pada majlis sama beliau juga menerima satu memorandum daripada Mohd Bujang selaku wakil penduduk terbabit bahawa mereka menyokong 100 peratus kerusi Marudi kekal milik SPDP.
Sementara itu, Mohd Bujang dalam kenyataan sama berkata sekiranya Dr Penguang menang pada PRN nanti masyarakat Melayu Marudi mahu seorang pegawai khas dilantik bagi menjaga kebajikan kaum Melayu di Marudi selepas mereka di-abaikan selama ini.
“Kami juga berasa tidak adil dari segi pelantikan kaunselor Majlis Daerah Marudi (MDM) dan pelantikan penghulu yang rata-ratanya adalah daripada kalangan penyokong Datuk Sylvester Entri sahaja dan tidak mengikut kriteria yang betul.
“Selama 20 tahun Sylvester menjadi wakil rakyat kami di Marudi dan menteri muda, tidak ada sebarang perubahan ketara dibangunkan di pekan Marudi,” katanya sambil menambah, bekalan air tidak pernah sampai ke rumah panjang yang jauhnya hanya empat kilometer sahaja dari pekan Marudi.
Sementara wakil Wanita PBB Marudi Rohawe Mohamad turut mengakui Marudi tidak banyak membangun selama 20 tahun Sylvester menjadi wakil rakyat kawasan mereka.
Menurut beliau, paip air mereka tidak pernah diganti walaupun beberapa kali permohonan dibuat manakala jalan di Kampung Dagang yang merupakan pintu masuk ke Marudi perlu dinaik taraf dan dilebarkan demi ke-selesaan pengguna namun sehingga kini tidak pernah diberi perhatian.
Pada dialog tersebut penduduk turut meminta Tiong mengemukakan permintaan mereka untuk menempatkan seorang doktor pakar di Hos-pital Marudi bagi memudahkan urusan rawatan tanpa perlu membuat rujukan atau rawatan lanjut ke Hospital Miri yang memerlukan kos pengangkutan tinggi ter-utama bagi keluarga kurang berkemampuan.
Masyarakat Melayu Marudi juga meminta agar kemudahan asas seperti dewan, taman tekreasi, padang tempat bersukan, tempat untuk masyarakat Melayu di Marudi menjual hasil ternakan dan pertanian turut dibina.
Selain itu, turut diutarakan ialah masalah di Kampung Pemindahan, Marudi tempat tinggal pelbagai kaum namun tanah mereka bertaraf Lesen Kependudukan Sementara (TOL) sahaja dan penduduk meminta agar mereka diberi kependudukan tetap dengan geran tanah milik mereka sepenuhnya.
Sementara itu, seorang lagi wakil penduduk, Salleh Bujang turut mengadu kononnya wakil rakyat mereka terlalu memilih orang atau penyokong beliau sahaja dalam pemilihan ketua masyarakat.
“Malah, beliau terlalu ba-nyak campur tangan dalam pemilihan dan hanya memilih orang dia sahaja dengan meminggirkan orang lain yang lebih berpengalaman,” jelas Salleh.
Dalam pada itu, semua pihak yang hadir diwakili Mohd Abdul Majid turut mengucapkan terima kasih kepada Tiong kerana menyumbang batu sebanyak 50 lori untuk memperbaiki Jalan Miri-Marudi yang rosak teruk ketika ini.
- Borneo Post Online
Post a Comment