PAS Santubong anjur program jelajah Ramadhan



Kuching: PAS Kawasan Santubong telah turun padang seawal pagi tadi ke DUN Demak Laut salah satu DUN dalam parlimen Santubong bagi mengedarkan jamuan Bersahur dalam program "SINGGAH SAHUR" yang julung kali diadakan.

Beberapa Agenci kerajaan yang terletak di dun demak laut telah sempat disinggahi bagi mengedarkan jamuan bersahur..

Sebelum itu program Pas kawasan Santubong bermula pada hari Jumaat dengan program pertama iaitu program tarbiyah serta program kebajikan di kampung sejingkat bako bersama dengan Ust Azlisham Azahar Timbalan Ketua Dewan Ulamak Negeri Johor.

Pada majlis kebajikan yang diadakan di kampung sejingkat Bako seramai 20 Asnaf yang layak telah menerima sumbangan kebajikan dari PAS kawasan Santubong.Walaupun sumbangan tidak seberapa namun iltizam Pas Kawasan Pas Santubong bagi program kebajikan akan diteruskan walaupun bukan pada bulan ramadhan.

Turun hadir bersama dalam program kami adalah Saudara Mohd Azwani-Ydp Pas Bintulu merangkap Timbalan PJ 2 Pas Sarawak yang baru dan UstAzlisham Azahar Timbalan ketua dewan ulamak Pas Negeri Johor.

PAS Kawasan Santubong merakam ucapan jutaan terima kasih kepada para penginfaq pada program ini dan berdoakan kalian dimurahkan rezeki dan dimakbulkan segala hajat dunia dan akhirat.

Sesiapa yang berhajat untuk menginfaq bagi program ini seterusnya bolehlah menghubungi Andri Zulkarnaen.

Andri Zulkarnaen merupakan YDP PAS Santubong dan beliau adalah bakal calon PAS untuk DUN Demak Laut pada PRN Sarawak akan datang.-SarawakLIVE

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget