DUN Tamin bakal menyaksikan muka baharu

Penyandangnya Datuk Joseph Mauh Ikeh mengesahkan tidak bertanding PRN akan datang.




SELANGAU: Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tamin bakal menyaksikan muka baharu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang selepas penyandangnya Datuk Joseph Mauh Ikeh mengesahkan tidak bertanding pada PRN akan datang.

Perkara ini diumumkan itu dilakukan Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Tan Sri Datuk Amar James Masing pada Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya N.52 Tamin di Rumah Jelai Lidam, Batu 36 Tamin, Selangau malam kelmarin.

“Mauh menyatakan hasrat bersara daripada politik selepas berkhidmat sebagai wakil rakyat selama lima penggal di Parlimen dan DUN.

“Saya sangat menghargai dan menghormati keputusan beliau kerana tidak ramai ahli politik membuat keputusan seperti itu,” jelasnya.

Ketika ditanya muka baharu menggantikan Mauh, Masing berkata rakyat di kawasan Tamin memilih calon sesuai dan keputusan diserahkan kepada Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri dan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem.

“Kita percaya dapat pengganti terbaik meneruskan perkhidmatan cemerlang yang dilakukan oleh Mauh kepada rakyat di Tamin,” ujarnya sambil menambah pengganti adalah calon boleh menang.

Mauh ketika ditemui memberitahu bahawa calon yang bakal menggantikannya seorang yang muda dan berpendidikan, berkaliber, ikhlas berkhidmat demi rakyat dan setia kepada parti.

“Keputusan ini memberi peluang kepada generasi muda. Politik memang bertukar ganti.

“Persepsi golongan muda berbeza jika dibandingkan pada zaman saya mula berpolitik 25 tahun lalu,” katanya.

Ahli Parlimen Selangau Datuk Joseph Entulu Belaun berterima kasih kepada Mauh yang sentiasa membantu dan bekerjasama membangunkan rakyat di Parlimen Selangau dan menghormati keputusan beliau untuk bersara dan memberi peluang kepada muka baharu di DUN Tamin.

Katanya keputusan dilakukan memudahkan presiden parti untuk bersiap sedia membariskan calon-calon bagi mempertahankan sembilan kerusi diperuntukkan kepada PRS pada PRN nanti.

ADUN Kakus Datuk John Sikie Tayai turut menghormati keputusan Mauh yang mula dikenalinya pada 1991 dan menyifatkan beliau seorang wakil rakyat yang sentiasa komited terhadap keperluan dan masalah rakyat.

Mauh, 64, seorang bekas guru besar dan ahli Majlis Tertinggi PRS pernah berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Selangau selama tiga penggal dan ADUN Tamin selama dua penggal. -Utusan Borneo.

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget