ARAU 25 Julai – PKR akan bersama gabungan pakatan baharu untuk menentang kerajaan Barisan Nasional (BN) tetapi enggan menyatakan sokongan terhadap Pas atau kumpulan serpihannya, Gerakan Harapan Baru (GHB).
Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, masih terlalu awal untuk menyatakan sokongan selagi GHB belum didaftarkan sebagai sebuah parti politik.
“Kita akan bersama mereka yang menentang BN,” katanya dalam sidang akhbar selepas majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri, Ceramah Bersama Presiden dan Pimpinan Pusat PKR di sini hari ini.
Dalam pada itu, Wan Azizah melahirkan rasa kesal dengan penggantungan permit akhbar The Edge dan The Edge Financial Daily selama tiga bulan. -Utusan Online.
Post a Comment
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.