Tak mustahil Anwar dilantik jadi PM, kata Rafizi

anwar jadi mangsa
PETALING JAYA 28 JULAI: Naib Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli tidak menolak kemungkinan Ketua Umum KEADILAN, saudara Anwar Ibrahim bakal dilantik ke jawatan Perdana Menteri (PM) kerajaan peralihan.

Jelas Ahli Parlimen Pandan itu, walaupun bekas Timbalan Perdana Menteri itu mempunyai kekangan bersifat sementara kerana dipenjarakan, tetapi beliau berpeluang untuk dilantik ke jawatan tersebut jika mendapat pengampunan Yang Dipertuan Agong.
“Walaupun saudara Anwar bukan lagi Ahli Parlimen, tetapi itu bukan halangan.
“Dia boleh sahaja diberikan pengampunan dan layak bertanding. Saya pasti jika itu berlaku, beliau akan diberi laluan untuk bertanding menjadi Ahli Parlimen,” kata Rafizi pada sidang media di Bandar Utama.
Sambung beliau, beberapa calon pemimpin paling kanan dalam negara yang bukan Ahli Parlimen juga perlu dipilih menjadi Ahli Parlimen terlebih dahulu sebelum dilantik sebagai Perdana Menteri bagi kerajaan sementara.
“Yang paling penting ialah beliau perlu mendapat seberapa banyak sokongan dari Ahli Parlimen dan bersetuju dengan terma yang ditetapkan,” katanya lagi.
Rafizi memberikan beberapa terma yang harus dipersetujui individu yang bakal dilantik sebagai PM sementara.
Antara terma tersebut ialah di kalangan pemimpin terkanan di negara ini yang akan dilantik bagi tempoh setahun sehingga diadakan pilihan raya umum pada akhir tempoh lantikannya.
Pemimpin tersebut turut perlu bersetuju untuk melakukan reformasi institusi penting seperti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi memastikan pilihan raya akan datang dijalankan secara adil selain memastikan keluhuran perlembagaan dan undang-undng dikembalikan.
Usaha penyelesaian kepada skandal-skandal utama negara termasuk 1MDB perlu dilakukan dengan matlamat memastikan mereka yang bertnggungjawab dibawa ke muka pengadilan.
“Perdana Menteri yang dilantik itu turut perlu merombak kembali dasar-dasar ekonomi yang menindas rakyat,” jelas Rafizi lagi.
Terdahulu, dalam sidang media sama, gabungan pemimpin pembangkang – KEADILAN, DAP dan Gerakan Harapan Baru menggesa seberapa ramai Ahli Parlimen termasuk dari Barisan Nasional menyokong usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri.
Ini berikutan ketidaktentuan politik, ekonomi dan sosial yang semakin membarah di bawah pentadbiran Datuk Seri Najib Razak.-Keadilan Daily

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget