Penggerak 'S4S' bakal dituduh bawah Akta Hasutan




MIRI: Wanita yang dipercayai sebagai salah seorang penggerak kumpulan 'S4S' ditahan di Balai Polis Miri semalam dan bakal dihadapkan ke Mahkamah Miri hari ini.

Menurut admin laman sosial Facebook 'Sarawak4Sarawakians', seorang wanita yang dipercayai pemegang akaun FB bernama Hanim binti Jaraee dikaitkan dengan kesalahan memuat naik satu status laman sosial Facebook berbentuk hasutan.

Menurut admin tersebut, status laman sosial yang menyebabkan Hanim ditahan ialah:



"Angan2ku .. Kalau Swak sudah merdeka..kita akan hantar semua orang Melaya balik kampung.Mereka sudah tak sama kerakyatan dengan kita.Mereka dah jadi macam orang Bangla, orang Indon, orang Myanmar yang bekerja di negara kita.Tiba masa, kita hantar mereka balik ke tanah air mereka sendiri. Kita pun nak tengok mereka bahagia..hehehe."

Dari sumber blog yang dikatakan sebagai punca Hanim ditahan, admin blog berpendapat bahawa kenyataan Hanim boleh mendatangkan perasaan tidak senang orang Semenanjung terhadap warga Sarawak yang bekerja di Semenanjung.

Admin Facebook 'Sarawak4Sarawakians' turut menyeru agar semua penyokong gerakan S4S datang ke mahkamah Miri untuk memberi sokongan moral kepada Hanim.-SarawakLIVE

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget