1MDB: Integriti SPRM perlu dipertahankan



Lima panel bebas yang memantau perjalanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mahu siasatan berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB), dijalankan dengan bebas, telus dan profesional tanpa sebarang tekanan daripada mana-mana pihak ketiga.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan bersama Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah, Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah, Panel Penilaian Operasi, Jawatankuasa Aduan, Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah itu berkata, Pasukan Petugas Khas yang terdiri Jabatan Peguam Negara, Polis Diraja Malaysia, Bank Negara Malaysia dan SPRM mesti diberi ruang seluas-luasnya untuk menjalankan siasatan tanpa rasa gentar dan takut akibat campur tangan pihak-pihak berkepentingan.

"Dalam hal ini, kami dengan tegas menggesa agar integriti SPRM sebagai sebuah suruhanjaya pencegahan rasuah yang bebas, perlu dipertahankan dan tidak wajar dikompromi sama sekali.

"SPRM perlu dilihat sebagai sebuah suruhanjaya yang bebas dalam merancang dan menjalankan semua tanggungjawab yang diamanahkan sebagaimana yang diharapkan oleh rakyat," katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Pengerusi lima panel itu ialah Tan Sri Abu Zahar Ujang (Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah), Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim (Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah), Tan Sri Hamid Bugo (Panel Penilaian Operasi), Tan Sri Wilson Baya Dandot (Jawatankuasa Aduan) dan Tan Sri Johan Jaaffar (Panel Perundingan Dan Pencegahan Rasuah).

Spekulasi hangat diperkatakan bahawa penyingkiran mendadak Tan Sri Abdul Gani Patail sebagai Peguam Negara ada kaitan dengan peranannya dalam Pasukan Petugas Khas bagi menyiasat 1MDB.

- Sinar Harian
Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget