Rombakan kabinet ada kaitan UMNO masuk Sarawak, kata Aziz DAP


Rombakan kabinet semalam ada kaitan dengan strategi memasukkan UMNO ke Sarawak, kata Abdul Aziz Isa, pembantu khas Pengerusi DAP Sarawak.

Menurut beliau, UMNO akan masuk secara halus ke Sarawak selepas PRN Sarawak akan datang. 

"Percaya kata saya, UMNO akan masuk Sarawak secara halus. Ideologi dan semangat UMNO kini semakin berkembang di sayap Pemuda PBB. Selepas PRN 2016, semangat UMNO akan dilebarkan ke sayap Wanita PBB menerusi sayap Pesaka. Mark my word!", tambah beliau.

"Ada sebab kenapa Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar diangkat menjadi Menteri Penuh dengan portfolio Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar. Harus diingatkan, Wan Junaidi begitu rapat dengan Fadillah. I smell something fishy.

"Selepas ini, makin gembira Setiausaha Politik Wan Junaidi iaitu Dato' Wan Hamzah Wan Paie sebab bos beliau jadi Menteri. Mungkin lebih senang untuk Wan Hamzah ganti Dr Hazland di DUN Demak Laut", kata Aziz .

Aziz juga meramalkan Datuk Fadillah Yusof akan menjadi Ketua Menteri Sarawak setelah pengguguran Muhyiddin sebagai Timbalan Perdana Menteri. Menurut beliau, Muhyiddin adalah penghalang UMNO masuk ke Sarawak.

"Kita cabar Zahid untuk buat pendirian tentang UMNO di Sarawak", ujar Aziz.

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget